Ramadhan - Sejarah, kelebihan dan amalan-amalan sepanjang Ramadhan.

Sejarah Ramadhan.
1.     Ramadhan: beerti panas terik.
2.     Bulan diturunkan Al-Quran dan disebut sebagai (syahru ramadhana).
3.     Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4.     Bulan di mana Nabi saw mengambil semula Mekah dari tangan musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5.     Di dalamnya dipilih terdapat Malam al-Qadar yakni lebih baik daripada seribu bulan.
6.     Dipilih untuk ibadat puasa.
7.     Di pilih untuk lain-lain ibadat (tadarus al-quran).

Kelebihan bulan Ramadhan.
1.     Kamu akan dinaungi Ramadhan (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur).
2.     Bulan penuh keberkatan.
3.     Di malamnya ada malam lebih baik dari seribu bulan.
4.     Amalan solat sunat menyamai amalan fardhu.
5.     Amalan fardhu mendapat pahala 70 kali ganda.
6.     Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga.
7.     Bulan menambah rezeki.
8.     Memberi rezeki berbuka mendapat banyak pahala.
9.     Bulan keamapunan :
-         Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
-         Juga doa sepertiga malam.
-         10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
-         10 hari pertengahan adalah pengampunan,
-         10 hari terakhir adalah kemerdekaan api neraka.

 Amalan-amalan di bulan Ramadhan. (tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua)
1.     Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
2.     Menempah pakaian untuk Ramadhan.
3.     Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan.
4.     Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir surah Al-Kahfi supaya dapat bangun malam.
5.     Berazam melakukan tarawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat).
6.     Bertadarus secara bersemak (bukan bersendirian).
7.     Solat berjemaah setiap waktu.
8.     Solat jemaah di masjid/surau.
9.     Amalkan qiamullail walaupum pendek.
10.   Sahur di akhir waktu.
11.   Sahur – untuk mengelakkan makanan tidak hadam, elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu.
12.   Mandi Janabat sebelum imsak.
13.   Kurangkan tidur.
14.   Tunaikan solat sunat Fajar (solat sunat subuh).
15.   Tunaikan solat sunat Dhuha.
16.   Tidur qailullah (satu jam sebelum Zohor).
17.   Tunaikan solat Rawatib.
18.   Jaga pancaindera.
19.   Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari sehingga berbuka.
20.   Hadiri majlis ilmu.
21.   Buat baik kepada ibu bapa.
22.   Isteri hendaklah taat kepada suami.
23.   Banyakkan bersedekah.
24.   Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api.
25.   Berbuka bersama orang tua.
26.   Jemput tetamu berbuka.
27.    Kurangkan berat badan.
28.    Banyakkan I’tikaf di masjid (lelaki sahaja).
29.    Baiki hubungan suami isteri.
30.    Baiki hubungan jiran.
31.    Baiki hubungan sesama masyarakat.
32.    Isteri jauhkan daripada keluar memakai mekap dan perhiasan.
33.    Elakkan berbelanja berlebihan.
34.    Kuatkan kesabaran.
35.    Perbanyakkan selawat, istighfar, bertasbih dan berzikir.
36.    Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar).
37.    Mengejutkan anak dan isteri di malam Lailatul Qadar.
38.    Elakkan menonton tv yang mengandungi nafsu.
39.    Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan.
40.    Berdoa dengan nada lembut dan merayu.
41.    Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri.
42.    Melazimkan solat waktu.
43.    Elakkan sebelum berbuka bersiar-siar yang menjadikan pandangan liar.
44.    Elakkan banyak berhutang.
45.    Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan dan takut tidak akan bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang.
46.    Mendoakan ibu bapa sama ada hidup atau yang meninggal dunia.
47.    Mengeluarkan zakat fitrah.

No comments:

Post a Comment