Bayan Maghrib : Maulana Saad
Tarikh : 30/01/2000
http://gotabligh.com/tektex-bayan/bayan-maghrib-maulana-saad.html
Manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah s.w.t dan mempunyai kelebihan. Manusia merupakan asbab hidayah untuk yang lain. Manusia adalah untuk manusia yang lain. Segala macam boleh dikerjakan oleh manusia. Manusia dijadikan untuk kepentingan manusia. Kita menganggap bahawa manusia boleh melakukan segala sesuatu. Manusia tidak bebas dalam perbuatannya. Manusia dikirimkan ke dunia ini untuk maksud yang tertentu. Bukan untuk kepentingan dirinya sahaja. Semua ciptaan Allah s.w.t, selain manusia, tidak diberi satu tanggungjawab pun tetapi manusia dicipta oleh Allah s.w.t untuk kepentingan sesama manusia. Manusia ini diciptakan oleh Allah s.w.t untuk kepentingan umat manusia, sebagai pembawa hidayah daripada Allah s.w.t dan boleh jadi asbab-asbab hidayah untuk yang lainnya. Bukan untuk diri sendiri sahaja.
Kita tahu maksud kejadian sesuatu benda, samada digunakan untuk diri dia sendiri atau digunakan oleh orang lain dengan cara yang salah yang mana ia akan menghapuskan maksud kejadian perkara itu. Kalaulah benda itu digunakan untuk maksud lain daripada maksud ia diadakan, maka tidak akan dapat faedah daripada benda itu. Benda itu sendiri akan hilang, akan binasa. Mana-mana benda yang dijadikan untuk maksud-maksud yang tertentu kalau digunakan untuk maksud itu, baru ia akan dapat manafaat. Kalau digunakan untuk maksud yang lain, maka benda itu sendiri akan hilang, akan binasa.
Manusia dijadikan oleh Allah s.w.t dengan satu tujuan yang besar dan diberi kemampuan yang besar oleh Allah s.w.t. Kalau manusia ini terpesong daripada ibadat, daripada dakwah, digunakan untuk benda-benda, maka nilai benda-benda akan meningkat. Sebaliknya kedudukan manusia akan hilang. Sekarang ini manusia telah terpesong dari usaha nabi-nabi. Mereka telah usaha atas benda-benda sehingga mereka telah yakin terhadap benda-benda. Sekarang ini, usaha atas Islam sendiri tidak ada, telah hilang. Manusia telah diberi satu kerja dan kerja itu telah diengkar oleh manusia sendiri. Bila manusia digunakan bukan untuk usaha atas manusia, maka yakin manusia telah rosak. Apabila usaha manusia rosak, maka yakin juga akan rosak.
Usaha dilakukan oleh manusia dan manusia yakin bahawa dia akan berjaya dengan usahanya. Dia telah tetapkan usaha tertentu. Usaha sebenarnya untuk manusia telah diberitahu oleh Allah s.w.t. Allah kata, “Kamu adalah sebaik-baik umatâ€. Umat ini bukan untuk jadi kerajaan, bukan untuk jadi pegawai, umat ini bukan untuk perniagaan. Umat ini diketahui tujuan maksud oleh penjadinya sendiri. Dialah yang tahu apa yang diciptakan. Apabila manusia ini terpesong daripada jalan nabi-nabi, buat usaha atas benda-benda, maka bermulalah kerosakan aqidahnya. Mula masuk cinta dunia kepadanya dan mula hilang ibadat daripadanya. Kerugiannya, kebinasaannya, lahir daripada perkara ini iaitu bila dia tukar usahanya. Oleh kerana itu, perkara pertama, tanpa perkara ini, manusia tidak akan betul.
Sekarang ini, peniaga dengan perniagaannya, petani dengan pertaniannya, pemerintah dengan pemerintahannya, apa sahaja usaha yang sedang mereka lakukan dan mereka telah yakin dengan usaha-usaha mereka sehingga begitu sekali mereka yakin kepada usaha mereka, mereka tidak yakin dengan usaha orang lain. Semua kerja tersebut bukan kerja umat ini. Kerja umat ini adalah untuk seru manusia kepada Allah s.w.t, ajak manusia kepada perintah Allah s.w.t, menghalang umat daripada perkara-perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t. Inilah kerja umat ini. Dengan kerja inilah insaniah, kemanusiaan, sifat-sifat kemanusiaan akan kekal dalam ummah.
Yang mengetahui tujuan satu-satu benda adalah penciptanya. Pencipta satu-satu benda lebih tahu tujuan satu-satu benda itu diciptakan. Sekiranya benda tadi digunakan selain daripada tujuan pencipta menciptakannya, maka, pertama, manafaat tidak akan dapat daripada benda tersebut, kedua, benda itu sendiri akan rosak. Allah s.w.t yang menciptakan manusia ini. Dia lebih faham, Dia lebih tahu dengan ciptaanNya dan maksud ciptaanNya. Allah s.w.t telah terangkan maksud kejadian umat ini, iaitu “takmurunabil makruf, fi watan hau naanil munkarâ€.
Sekiranya manusia buat usaha atas benda lain, maka manusia sendiri akan rosak dan manafaat tidak akan dapat daripada manusia. Sekarang ini, manusia telah jadikan segala usaha-usaha sebagai tujuan mereka, sebagai usaha mereka. Peniaga telah usaha atas perniagaan, pekebun telah usaha atas kebun, pekilang telah usaha atas perkilangan, semua jenis usaha masing-masing telah buat, hasil daripada usaha akan datang keyakinan. Sekarang ini usaha atas benda-benda ini telah begitu hebat sehingga masing-masing telah yakin dengan usaha masing-masing, dia akan dapat kejayaan. Begitu sekali keyakinan mereka sehingga mereka sudah tolak usaha yang lain. Peniaga yakin bahawa dengan perniagaanlah mereka akan berjaya dan mereka tidak yakin lagi bahawa dengan pertanianlah akan berjaya. Demikian juga dengan petani, telah yakin bahawa dengan pertanianlah mereka akan berjaya dan petani tidak yakin lagi bahawa dengan perniagaan akan berjaya. Masing-masing sudah tidak yakin antara satu sama lain kerana usaha mereka begitu rupa. Jadi, sepatutnya usaha yang di….kan adalah usaha untuk bina manusia sendiri.
Oleh kerana semua usaha-usaha tadi adalah untuk bina benda, bukan untuk bina manusia, pertanian, perniagaan, perkilangan, semuanya usaha untuk bina benda, maka hasil daripada usaha yang dilakukan, benda-benda naik mutunya, naik nilainya, tetapi manusia sendiri telah rosak. Manafaat yang sebenarnya yang sepatutnya didapati dari manusia, tidak dapat lagi kerana manusia telah ubah jalan usahanya. Tidak semua usaha yang dilakukan akan diterima oleh Allah s.w.t, tidak semua usaha akan diberi ganjaran oleh Allah s.w.t. Tidak semua usaha dijanjikan hidayat oleh Allah s.w.t. Tidak semestinya manusia buat mana-mana usaha, mesti dapat hidayat. Mana-mana usaha tidak semestinya akan dapat jalan yang lurus, mana-mana manusia buat mujahadah, buat usaha atas satu-satu perkara maka jalan itu akan terbuka/terbentang di depannya. Jalan-jalan yang mana dilakukan mujahadah, diusahakan, maka jalan itu akan terbuka di depannya, tetapi tidak semestinya mana-mana usaha dilakukan terus dapat hidayat daripada Allah s.w.t.
Jalan untuk dapat hidayat ditentukan oleh Allah s.w.t hanya dengan jalan nabi-nabi. Ini telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Sebanyak mana kita mujahadah dalam jalan nabi-nabi, sebanyak itulah kita akan dapat hidayah. Mana-mana usaha lain, tidak akan dihiraukan oleh Allah s.w.t. Siapa-siapa yang pilih jalan lain daripada Islam, sekali-kali tidak akan diterima oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t tidak akan terima daripadanya. Sesiapa yang terpesong daripada jalan nabi-nabi, maka akan terpesong daripada medan usaha nabi-nabi. Selain daripada usaha nabi, semua usaha yang lain, adalah usaha dunia, usaha atas benda-benda.
Kita faham bahawa saya bertanggungjawab pada rumah saya, anak-isteri saya. Tanggungjawab ini disempurnakan oleh binatang-binatang juga tetapi tidak ada nilai apa-apa pun untuk mereka dalam menunaikan tanggungjawab untuk isteri dan anak-anak mereka. Tidak ada ganjaran daripada Allah s.w.t. Mana-mana manusia meletihkan diri dan inginkan ganjaran atas keletihan dia, maka dia perlu bawa diri dia atas jalan yang betul. Berjalan di atas jalan yang betul, barulah Allah s.w.t akan beri ganjaran padanya. Allah s.w.t telah letakkan syarat, “Yang bermujahadah di jalan Kami, sesiapa yang bermujahadah di jalan Kami, pasti kami bagi hidayah padanyaâ€. Siapa yang terpesong dari jalan yang sebenar, tidak ada jaminan hidayat daripada Allah s.w.t.
Seorang rahib telah mujahadahkan diri dia dalam beribadat kepada Allah s.w.t. Umar r.a lalu di depan menara rahib itu dan berkata, “Bawa dia turun dari menaraâ€. Wajah dia telah pucat kerana mujahadahnya, kurus kering, tanggung kesusahan, kehidupan yang susah, tidak makan, tidak minum, jalani kehidupan ‘rahbaniah’. Pilih semua kesusahan yang ada dalam ibadat. Umar r.a tengok dia dan menangis. Orang tanya kenapa menangis terhadap rahib itu? “Saya menangis kerana saya tengok keadaan rupa parasnya, saya teringat ayat Allah s.w.t, Allah s.w.t kata, “Tidakkah engkau tahu satu orang yang menyusahkan diri dia untuk ibadat sehingga kesan ibadatnya datang pada wajahnyaâ€, kesan letih beribadat, apakah hal keadaan dia? Nampak di wajahnya pucat tetapi usahanya salah, bukan jalan yang betul . Usahanya telah terkeluar daripada cara kenabian. Dia buat usaha tetapi terkeluar dari jalan kenabian. Dia buat ibadat tetapi terkeluar daripada jalan kenabian, dia bawa ‘rahbaniah’ dalam ibadat dan dia telah tinggalkan tanggungjawab dakwah, hidup dengan bersendirian. Umar r.a menangis tengok wajah dia, dia bermujahadah begitu sekali, usaha begitu sekali, tetapi kesemua usahanya sedang masukkan dia ke dalam jahanam.
Iman ini dalam dakwah, dalam ibadah, dalam muamalat, dalam muasyarah, dalam akhlak, semua perkara telah diberi pengajaran, telah diikatkan, tidak ada kebebasan dalam ibadah, tidak ada kebebasan dalam akhlak. Apa yang dia hendak, dia boleh buat, apa yang dia suka makan, dia makan, apa yang dia suka pakai, dia boleh pakai, apa cara yang dia hendak kahwin, dia kahwin, tidak! Dia tidak ada kebebasan langsung, dalam ibadat, dalam usaha. Dalam ibadat dia diperintahkan, dalam usaha dia diperintahkan. Ibadat kepada Allah s.w.t tetapi dia tidak terima Nabi Muhammad s.a.w. Khulasahnya, manusia di dunia ini buat usaha tetapi selagi usahanya tidak kena, tidak sesuai, tidak tepat sebagaimana yang ditunjukkan oleh nabi-nabi, maka usahanya tidak akan datangkan apa-apa faedah, malah kebinasaan untuk dirinya sendiri. Usahanya sia-sia sahaja, dalam apa bentuk sekalipun.
Segala usaha-usaha dunia memang telah terkeluar lebih awal lagi, malah usaha ibadat sendiri, dalam ibadat sendiri jika tidak bawa cara Nabi s.a.w, pun tidak akan diterima oleh Allah s.w.t. Dalam Quran diberitahu, “Dia buat usaha susah-susah, mujahadah, tetapi dia akan dibakar oleh api yang panasâ€. Manusia ini, dalam setiap hal, bukan sahaja dalam iman, bukan sahaja dalam ibadah, tetapi dalam muamalatnya, kerja-kerja dunianya, perniagaannya, pertaniannya, kerja dunia yang lain, dalam muasyaratnya, dalam kehidupan rumahtangganya, kehidupan hariannya, dalam akhlaknya, semua sekali dia tidak bebas, dia tidak boleh buat apa yang dia suka, tetapi dia diperintahkan oleh Allah s.w.t. Segala perbuatannya terhad dalam apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.
Nabi-nabi tidak pernah jadikan medan usaha mereka selain daripada manusia, tidak pernah, tidak pernah bumi, pokok, benda-benda, tidak pernah jadi medan usaha nabi-nabi, tetapi medan usaha ambiya a.s hanya manusia. Oleh kerana itu, dalam hadith beritahu, “Manusia itu sendiri seumpama lombong-lombongâ€. Bila dia usaha atas satu perkara, perkara itu akan terbuka di depannya. Nabi tidak kata, bukit-bukit itu lombong, lombong biasanya tempat orang buat usaha. Nabi kata manusia itu sendiri lombong. Manusia ada sifat-sifat yang mana sifat-sifat yang hebat itu akan terserlah, akan zahir apabila diusahakan atas mereka. Ketakutan atas senjata bila usaha atas senjata dibuat. Bumi akan keluarkan bijirin, bila manusia buat usaha atas bumi.
Amal manusia itu sendiri lebih kuat daripada segala sesuatu yang ada diantara langit dan bumi. Amal yang keluar daripada badan manusia. Tetapi sekarang ini kekuatan manusia digunakan di tempat yang lain, salah tempat, maka zahir kekuatan daripada benda-benda. Sedangkan benda-benda ini telah ditundukkan untuk khidmat pada manusia. Benda-benda yang sepatutnya tunduk pada manusia telah menguasai manusia. Sekarang ini, benda-benda ini tidak lagi jadi benda yang bagi kesenangan pada manusia, sebaliknya ia menjadi benda yang merosakkan manusia kerana manusia telah lupa usaha yang sebenarnya. Nabi kata, “Manusia ini adalah seumpama lombing emas dan perakâ€. Apabila diusahakan ke atasnya maka akan zahir amal daripada mereka.
Ambiya a.s, nabi-nabi datang buat usaha atas hati-hati manusia kerana tempat iman hanyalah hati. Anggota-anggota manusia adalah tempat zahirnya amal. Tempat iman adalah hati. Oleh kerana itu, riwayat ada mengatakan, “Ambillah fatwa daripada hati kamu sendiriâ€. Hati ini akan jadi mufti yang betul, bagi fatwa yang betul, bila mata hati itu terbuka, nampak, ada basirah, hati yang ada iman. Nifak, sifat munafik adalah kebutaan pada hati. Allah s.w.t kata, “ Bukanlah buta mata-mata mereka, tetapi buta hati yang ada dalam dada-dada merekaâ€. Oleh kerana itu, medan usaha nabi-nabi adalah hati-hati manusia supaya hati kenal zat Allah s.w.t yang maha tinggi. Nabi-nabi kenalkan Allah s.w.t kepada hati-hati manusia kerana iman duduk pada hati manusia. Iman kena sampai pada tempatnya yang sebenar. Nabi-nabi usaha atas insan dan atas hati-hati manusia. Semua anggota manusia adalah tempat zahirnya amal. Islah akan datang sebab adanya iman. Amal akan datang sebab adanya iman. Dari kepala hingga ke kaki, gunakan semua anggota atas dasar hukum Allah s.w.t, itulah dinamakan Islam dan ini akan datang dengan kekuatan iman. Tanpa iman atau iman yang lemah, maka akan zahir amal-amal yang bukan Islam. Semua amal manusia dalam apa lapangan pun yang mengikut hukum Allah s.w.t, ikut sunnah Nabi s.a.w, itulah yang dinamakan Islam. Amal akan zahir melalui anggota-anggota sebanyak mana ada iman dalam hati. Islam adalah kezahiran iman. Islam tidak ikut suasana, Islam tidak ikut keadaan tetapi Islam ikut iman. Islam tidak ikut suasana, Islam tidak ikut keadaan. Amal yang dibuat ikut suasana, amal yang dibuat ikut keadaan, bukan Islam.
Amal yang dibuat dengan dasar iman akan menukarkan keadaan dan suasana. Untuk bina amal, kena bina iman. Amal yang dibuat dengan iman akan kekal dan atas itulah ada janji-janji Allah s.w.t.
Pengenalan orang Islam, Nabi s.a.w kata, “Orang Islam adalah orang yang mana, orang Islam yang lain tidak dapat kesusahan daripada lidah dan tangannyaâ€. Nabi s.a.w kata, “Islam itu bukan hanya satu amal sahaja tetapi seluruh lapangan hidup manusia untuk ikut peritntah Allah s.w.t, itulah Islamâ€. Dalam setiap lapangan dalam hidup ada pengenalan dalam Islam. Pengenalan orang Islam dalam setiap lapangan hidup. Dalam perniagaan, dalam pertanian, dalam kehakiman, dalam muasyarat, kalau hendak tengok Islam, tengok orang Islam dalam perkara itu. Kamu hidupkan hukum-hukum Allah s.w.t dalam lapangan hidup kamu, hidupkan sunnah-sunnah nabi dalam lapangan hidup kamu, itu akan menjadi asbab hidayat untuk manusia.
Maulana Yusuf rah. kata, “Sesiapa yang menambahkan sifat-sifat Islam dalam diri dia, maka dialah yang akan jadi sumber hidayat untuk umatâ€. Kita hendak usahakan sifat-sifat nabuwah dalam diri kita. Sifat-sifat ini akan datang berkadar dengan iman. Iman akan datang berkadar dengan usaha. Bukan dengan perniagaan, bukan dengan pertanian, bukan dengan kerja-kerja pejabat. Iman tidak akan datang dengan perkar-perkara ini. Iman akan datang dengan kerja dakwah. Semua nabi-nabi datang dengan kerja dakwah kerana keistimewaan dakwah itu sendiri untuk membina iman. Dakwah bukan hanya untuk memperkenalkan Islam atau untuk memperkenalkan amal Islam tetapi keistimewaan dakwah adalah untuk membina yakin. Semua orang perlu pada dakwah supaya dia dapat bina iman dan yakin. Orang yang paling baik pun tidak terlepas daripada keperluan dakwah. Siapa yang buat kerja dakwah, dia akan buat untuk dia diterima.
Maulana Yusuf rah. kata, “Sebanyak mana kelemahan iman, sebanyak itulah niat akan rosakâ€. Niat yang rosak datang daripada kelemahan iman. Kerosakan yakin menyebabkan amal yang dibuat bukan kerana Allah s.w.t. Yakin yang rosak menyebabkan cacat dalam niat. Keistimewaan dakwah ialah untuk membina iman. Dakwah diberikan untuk bina yakin. Untuk kukuhkan iman, kerja-kerja nabi adalah dakwah ‘illallah’. Bukan setakat mereka sahaja bagi dakwah tetapi mereka menjadikan orang yang mereka dakwah juga sebagai da’i. Nabi sendiri telah beritahu dakwah sesiapa yang terima dakwah ditangan Nabi, maka pada masa itu juga dia akan jadi da’i. Bagi dakwah untuk bina iman dia sendiri dan pada masa yang sama juga dia jadikan orang lain da’i. Ini cara dakwah Nabi s.a.w.
Usaha untuk iman tidak diberi tumpuan. Orang tidak sangka bahawa iman itu pun satu benda yang perlu diusahakan. Mereka menyangka, beramal (buat amal) kemudian barulah iman akan meningkat, sedangkan tanpa iman, amal tidak ada roh. Kalau tidak ada keyakinan pada janji-janji Allah s.w.t, apakah benda yang akan bawa manusia kepada hukum-hukum Allah s.w.t? Siapakah yang akan timbulkan harapan pada janji-janji Allah s.w.t? Siapa akan bawa manusia ini takut pada amaran-amaran Allah s.w.t? Oleh kerana iman, sahabat-sahabat sentiasa ada fikir. Banyak mana iman bertambah, maka sebanyak itulah dia akan takut kepada nifaq. Hanzalah r.a kata dia telah munafik. Abu Bakar r.a kata dia telah munafik. Ini orang Badar, orang Uhud, tidak pernah mungkir janji, tidak pernah khianat mana-mana amanah, tidak pernah ada mana-mana alamat nifaq pun pada mereka, tetapi sebabnya hanya keadaan mereka berlainan depan Nabi s.a.w, dengar cerita syurga, neraka dan apabila mereka pulang ke rumah, sudah berubah. Mereka dengar, orang-orang beriman ini, seolah-olah mereka nampak Allah s.w.t di mana-mana pun. Perasaan mereka depan Nabi s.a.w telah hilang, sebab itu dia kata, “Hanzalah telah munafikâ€. Abu Bakar dengar dan Abu Bakar kata, “Ini pun berlaku pada aku jugaâ€.
Sebanyak mana iman meningkat, sebanyak itulah seseorang akan takut pada nifaq, akan benci pada nifaq. Tidak mungkin ada alamat-alamat nifaq dalam diri mereka. Oleh kerana kita tidak ada tumpuan pada iman, walaupun ada tanda-tanda nifaq dalam diri kita, tetapi kita sangka kitalah orang yang sempurna. Tidak penuhi janji, khianat dalam amanah, sangka ia satu kejayaan bila dapat khianat amanah orang. Ini semua tanda-tanda nifaq kerana tidak ada iman. Oleh itu, perkara yang terdahulu yang perlu diusahakan ialah atas iman. Iman akan datang bila usaha atas iman.
Usaha iman ialah seru manusia kepada Allah s.w.t tetapi kita telah salah faham iaitu dakwah untuk orang lain. Dakwah sebenarnya untuk da’i itu sendiri. Dakwah ialah untuk orang yang buat dakwah itu sendiri. Siapa yang bagi dakwah untuk dia sendiri, maka dengan dakwah itu, yakin dia akan bertambah dan orang yang didakwah akan datang kepada apa yang da’i itu yakini. Dakwah adalah untuk da’i itu sendiri. Dakwah untuk pendakwah itu sendiri. Jangan kita salah faham iaitu dakwah untuk orang lain. Apabila kita bagi dakwah pada orang lain untuk bina iman kita, untuk bawa diri kita sendiri kepada amal, untuk bawa yakin kita kepada Allah s.w.t, maka dakwah cara itu akan bawa keyakinan pada diri dia sendiri.
Bila dakwah keluar daripada umat, maka keluar yakin daripada umat. Bila yakin telah keluar daripada umat, maka dia akan bergerak mengikut tempat yang dia nampak ada manafaat. Tidak nampak lagi jalan untuk ambil manafaat dari khazanah Allah s.w.t, melalui perintah-perintah Allah s.w.t. Dia tidak yakin lagi dengan melakukan larangan-larangan Allah s.w.t, dia akan dapat kejayaan dan dia akan taat pada apa yang dia yakin. Manusia beribadat atas apa yang dia yakin.
Rukuk (tunduk), itu bukan hanya ibadat, kita tidak tunduk di depan selain daripada Allah s.w.t, bererti kita tidak beribadat selain daripada Allah s.w.t. Ibadat bukannya tunduk di depan mana-mana benda. Islam bukannya tundukkan kepala pada mana-mana, Islam adalah serahkan diri pada Allah s.w.t. “Diri saya dan harta saya, daripada lahir hingga mati, seluruh ibadat, seluruh pengorbananâ€. Yang dimaksudkan dengan sembahyang ialah pengorbanan diri. Semuanya diserahkan kepada Allah s.w.t, itulah yang dinamakan Islam. Bukan hanya untuk tundukkan kepala. Ibadat bukan hanya tundukkan kepala.
Apa yang diyakini, kita akan taat pada benda-benda itu. Apa yang kita yakin, kita akan beibadah pada benda-benda itu. Nabi s.a.w telah beritahu dalam satu riwayat, “Bila taat sahaja pada satu benda, maka dia telah beribadat pada benda ituâ€. Kita tengok antara kita sendiri, kita taat isteri kita, kita taat perniagaan kita, kita taat kedai kita, kita taat kerajaan kita, kita taat selain daripada Allah s.w.t. Kita lihat diri kita masing-masing. Bila taat pada benda itu, maka dia sedang beribadat kepada benda itu, mahfum hadith Nabi s.a.w, seorang sahabat, dia seorang nasrani, dia telah beriman dengan Nabi s.a.w. Selepas masuk Islam dia tanya, “Wahai Rasulullah, sebelum beriman dengan tuan kami beribadat kepada Allah juga, kami taat pada Allah juga, kami tidak pernah terima selain daripada Allah sebagai Rab, kami hanya taat pada Allah s.w.t. Sebelum datang kepada tuan, kami dalam satu agama yang beribadat kepada Allah s.w.t, tetapi kami tidak faham, dalam Quran ada ayat yang mengatakan, ‘Mereka telah menjadikan rahib-rahib mereka sebagai tuhan, sebagai Rab, selain daripada Allah s.w.t’, kenapa Allah s.w.t kata demikian dalam Quran? Nabi s.a.w jawab, “Beritahu aku, apabila rahib-rahib kamu, mereka menghalalkan perkara yang haram, mengharamkan perkara halal, adakah kamu terima mereka?†Kata sahabat tadi, “Ya, apa yang mereka kata kami terimaâ€. “Kalau kamu terima mereka, maka kamu telah beribadat kepada merekaâ€.
Kita tengok kilang, pekebun-pekebun, pemerintah-pemerintah, tengok majoriti, kita taat sesuatu perkara, maka kita sedang beribadat kepada benda itu. Segala ibadat-ibadat badan, segala ibadat-ibadat harta, diri dan harta, daripada mula lahir, semua untuk Allah s.w.t. Keyakinan pada janji-janji Allah s.w.t akan menyebabkan manusia taat perintah Allah s.w.t, menjalankan hukum-hukum Allah s.w.t. Taat disebabkan janji-janji Allah s.w.t. Sebanyak mana keyakinan kepada janji-janji Allah s.w.t, maka sebanyak itulah manusia akan mampu untuk taat perintah Allah s.w.t tetapi keyakinan pada makhluk, kejahilan pada agama, kesesatan dari segi aqidah akan datang bila manusia tinggalkan dakwah. Bila tinggalkan dakwah, pertama, kejahilan, kedua, kesesatan dari segi aqidah. Tidak akan kenal siapa yang menciptakannya. Bila tinggalkan dakwah, keyakinan pada Allah s.w.t akan keluar, keyakinan pada selain dari Allah s.w.t akan masuk sehingga insan tidak boleh membezakan manakah jalan kejayaan untuknya. Adakah kejayaan saya dalam perintah-perintah Allah s.w.t ataupun dalam bentuk-bentuk dunia.
Apa yang didakwahkan, itulah keyakinan yang akan masuk ke dalam hati. Ini satu perkara yang pasti. Kalau buat perniagaan, tidak mungkin akan datang yakin kepada Allah s.w.t, kalau buat dakwah kepada pertanian, tidak mungkin akan datang keyakinan pada Allah s.w.t. Dakwah kepada selain daripada Allah s.w.t tidak mungkin akan datang keyakinan Allah dalam hati. Keyakinan pada Allah s.w.t datang hanya dengan dakwah kepada Allah. Yakin kepada Allah s.w.t akan datang bila kita bawa hamba Allah kepada Allah s.w.t. Bila umat telah hilangkan dakwah, maka datang satu keadaan yang mana telah menyebabkan hilang amalan makruf nahi mungkar. Sehingga begitu sekali, sehingga umat telah salah faham iaitu kalau dia sendiri tidak amal, maka dia tidak perlu dakwah orang lain. Ini kefahaman umat sekarang. Salah faham yang begitu besar dalam umat. Kerana salah faham ini, kejahilan telah berleluasa dalam umat. Buat sendiri-sendiri sahaja. Kalau tidak buat amal, jangan beritahu orang lain, ini salah faham yang berlaku dalam umat. Umat ini telah diberitahu tanggungjawabnya berkali-kali.
Masa nabi menyediakan umat ini, nabi telah beritahu tanggungjawab umat ini. Nabi tidak kata, “Kalau kamu tidak amal, kamu jangan suruh orang lain buatâ€. Satu orang yang tidak amal untuk diri dia sendiri, tidak ada kekurangan tanggungjawab dia untuk dakwah orang lain pada amal itu. Bukanlah dia tidak amal perkara itu, tanggungjawabnya untuk dakwah orang lain pada amal itu tidak kurang sedikit pun. Satu orang tidak sembahyang fardhu, kefardhuan dia untuk dakwah orang lain kepada sembahyang tidak kurang sedikit pun. Satu orang tidak buat satu amal, tidak bererti tanggungjawab dia untuk bawa umat kepada amal itu berkurangan, tidak! Tanggungjawab dia masih sama lagi.
Nabi s.a.w telah bangunkan setiap umat ini pada dakwah. Bagaimana Nabi sendiri buat dakwah. Sesiapa yang ingin lepaskan diri mereka daripada dakwah nabi, tidak mahu dengar dakwah nabi, tidak mahu dengar tilawah nabi, yang menyangka Quran adalah sihir, seumpama Tufir b. Amir, dia masukkan kapas ke dalam telinga dia supaya tidak dengar bacaan Quran Nabi s.a.w. Tetapi dia menjadi orang pertama dakwah kaum dia. Dia telah terima dakwah Nabi s.a.w dan telah pergi untuk dakwah.
Rasulullah s.a.w telah bangunkan dakwah kepada umat. Umat terbahagi kepada 3 iaitu lelaki, perempuan dan kanak-kanak. Rasulullah s.a.w telah bentangkan dakwah kepada umat ini sehingga pada masa yang sama, ketiga-tiga jenis orang ini telah terima dakwah, Abu Bakar r.a, Khadijah r.ha dan Ali r.a. Hari pertama dakwah dimulakan, pada masa itu juga dakwah diterima. Pada hari yang sama, Rasulullah s.a.w tidak biarkan mereka pada perniagaan mereka, pada pertanian mereka, tetapi Rasulullah s.a.w telah beritahu dakwah sebagai maksud dan telah beritahu untuk selesaikan masalah dengan perintah Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w tidak serahkan umat ini pada pemerintah, pada peniaga, pada petani, tetapi Rasulullah s.a.w telah ajar umat ini, “Mintalah pertolongan dengan sabar dan solatâ€.
Rasulullah s.a.w telah beritahu jalan kejayaan pada umat ini. Inilah jalan kejayaan iaitu “lailahaillallah tuflihunâ€. Rasulullah s.a.w telah bangkitkan umat ini pada dakwah kalimah. Asbab hidayah tidak berada di luar manusia. Asbab hidayah bukan berada di luar manusia. Asbab hidayah dalam diri manusia itu sendiri. Dalam diri manusia sendiri ada asbab hidayah. Hidayah tidak dari harta, pada kerajaan tetapi hidayah dapat dari Allah s.w.t dan asbabnya ada dalam diri manusia sendiri. Siapa yang telah buat usaha yang betul, gunakan diri dia dengan betul, janji Allah s.w.t yang pasti, dia akan dapat hidayah. Tufail Addausi beritahu, walau satu orang pun tidak mahu dengar dakwah, tetapi cara nabi s.a.w bagi dakwah, bukan setakat dia terima dakwah, dia telah jadi orang pertama untuk dakwah kaum dia. Begitulah bentuk dakwah Nabi s.a.w. Bukan setakat orang itu terima dakwah, orang itu sendiri telah bagi dakwah. Itulah cara dakwah yang sepatutnya kita belajar.
Sahabat-sahabat r.a, perangai mereka, tabiat mereka adalah tabiat dakwah. Mereka tidak anggap kerja mereka itu sebagai kerja kecuali hanya dakwahlah kerja mereka. Mereka telah dapat nisbat dakwah. Mereka anggap yang lain-lain itu sebagai nisbat kerja mereka, pertanian, perniagaan, kerajaan, pakaian, kasut, emas, perak, semua tidak ada apa-apa perhubungan pun. Mereka buat perniagaan besar-besar, tetapi mereka tidak anggap mereka ada hubungan dengan perniagaan. Di belakang nama mereka radiallahuanhu wa roduan. Mereka kenalkan diri mereka sebagai Ansar atau Muhajir, ini cara pengenalan mereka. Mereka tidak ada hubungan langsung dengan benda-benda lain. Mereka ada hubungan terus dengan kerja Nabi Ibrahim a.s. Allah s.w.t kata, “Aku namakan kamu sebagai orang Islamâ€. Allah s.w.t yang ciptakan kita dan bagi nama pada kita. Umat ini telah diberi nama oleh Allah s.w.t sebagai orang Islam, bukan orang peniaga, bukan petani, bukan pegawai.
Umat ini tinggalkan dakwah, sehingga dia telah lupa hubungan dia dengan dakwah. Tidak ada mana-mana hubungan dalam sahabat, kecuali hubungan sebagai Ansar atau hubungan sebagai Muhajir kecuali satu orang yang telah berhijrah kerana satu orang perempuan bernama Ummu Qais. Dia dinamakan muhajir Ummu Qais, yang lain semua hanya Muhajir dan Ansar. Dia masyhur sebagai muhajir Ummu Qais, hijrah kerana perempuan.
Begitulah dakwah adalah umum dikalangan mereka. Ada juga dikalangan mereka, siapa yang ada asbab sahaja, belajar agama. Buat usaha duit dulu kemudian belajar agama? Tidak! Sahabat-sahabat r.a, banyak mana kemiskinan mereka, dialah yang paling banyak hasilkan agama. Abu Hurairah r.a, paling kebulur, paling lapar, tetapi dialah pakar hadith yang paling besar. Usman r.a orang yang paling lapar, tetapi dia orang yang paling malu sekali. Jaafar r.a paling lapar, tetapi paling tepat bagi fatwa, mufti paling besar, yang paling tahu tentang halal dan haram.
Tidak diberitakan agama akan datang sebanyak mana asbab yang kamu buat tetapi diberitahu bahawa agama akan datang sebanyak mana usaha yang kamu buat. Agama tidak datang berkadar asbab, tetapi agama datang berkadar usaha. Agama tidak datang dengan asbab-asbab dunia. Hanya satu cara sahaja untuk dapat hidayat iaitu dakwah. Sebanyak mana kita dakwah manusia kepada Allah s.w.t, sebanyak itulah kayakinan kita kepada Allah s.w.t dan bawa kita kepada sembahyang, bawa kita kepada zikir, bawa kita kepada tilawah, bawa kita kepada ikhlas. Sebanyak mana usaha dijalankan, sebanyak itulah agama akan hidup. Atas inilah Nabi telah bangunkan sahabat-sahabat.
Seorang sahabat datang untuk belajar agama, menunggang unta, jatuh dari unta, patah leher. sahabat lain datang beritahu Nabi s.a.w, “Telah berlaku sekian-sekianâ€. Nabi kata, “Tengok keadaan sahabat kamu, dia telah meninggalâ€. Nabi s.a.w datang dan tengok dia. Nabi s.a.w kata, “Dia datang belajar agama dalam keadaan laparâ€. “Bagaimana tuan tahu?â€, sahabat tanya. Nabi s.a.w kata, “Saya tahu bila rohnya keluar, bidadari-bidadari datang bagi makanan pada dia kerana itulah saya tahu dia datang dalam keadaan laparâ€.
Keperluan kita kepada hidayah adalah lebih besar daripada makanan kita, pakaian, kenderaan, rumahtangga kita. Oleh kerana itu, hidayah tidak pernah disertai dengan benda-benda yang lain. Hidayat tidak diletakkan berkadar dengan harta atau berkadar dengan pakaian atau berkadar dengan benda-benda lain. Satu orang datang beritahu, “Wahai Rasulullah s.a.w, saya ini hitam, saya miskin, saya hodoh, saya buruk, masukkanlah saya ke dalam syurgaâ€. Rasulullah s.a.w kata, “ Kenapa tidak? Bahkan saya akan masukkan kamu ke dalam syurga. Sahabat itu terus bagi nyawanya di jalan Allah s.w.t untuk takazah agama. Rasulullah s.a.w datang untuk sembahyangkan jenazahnya. Rasulullah s.a.w senyum apabila tengok jenazahnya. Rasulullah s.a.w kata, “ Rupa/Wajah kamu telah dicantikkan oleh Allah s.w.t, harta kamu telah dibanyakkan oleh Allah s.w.tâ€. Hidayat tidak bergantung pada rupa paras. Allah s.w.t tidak tengok pada rupa paras dan harta kamu. Allah s.w.t tengok keinginan hati untuk beri hidayat. Nabi s.a.w beritahu sahabat-sahabat, “Rupa buruk, kulit hitam, miskin, Allah s.w.t telah tambahkan hartanya dan Allah s.w.t telah masukkan dia ke dalam syurga dan Allah s.w.t telah jadikan dia cantikâ€. Rasulullah s.a.w kata, “ Saya tengok bidadari-bidadari syurga bergaduh, siapakah diantara mereka yang mula-mula sekali masuk ke dalam jubah sahabat tadiâ€.
Hidayah tidak pernah pandang keadaan seseorang. Rasulullah s.a.w tidak pernah ajar sahabat cari makan dahulu, lepas cukup makan, baru buat kerja hidayat atau baru hendak belajar agama. Rasulullah s.a.w tidak pernah beritahu sahabat-sahabat sempurnakan segala keperluan dunia kamu, kemudian barulah buat kerja agama. Oleh kerana itu, didapati dikalangan sahabat-sahabat, walaupun mereka orang paling miskin, walaupun paling lapar sekali, paling banyak menderita kelaparan tetapi merekalah paling banyak mujahadah untuk agama Allah s.w.t dalam apa segi sekali pun. Abu Hurairah r.a paling lapar sekali tetapi muhadith yang paling besar. Kaab b. Malik adalah qari yang paling baik dan dia juga orang yang paling lapar. Usman r.a mempunyai sifat yang paling pemalu sekali. Keadaan agama sahabat-sahabat tidak pernah bergantung pada keadaan dunia mereka. Apa pun keadaan dunia mereka, mereka diajar oleh Nabi s.a.w untuk buat kerja agama.
Agama terhasil bukan bergantung pada asbab-asbab dunia tetapi bergantung pada sebanyak mana usaha. Sebanyak mana usaha dijalankan, maka sebanyak itulah agama dapat dihasilkan. Mereka tidak pernah dihubungkan dengan mana-mana benda dunia atau mana-mana kerja dunia mereka walaupun mereka buat benda itu, mereka berniaga, mereka ada kebun, tetapi tidak ada satu orang pun daripada mereka dihubungkan dengan benda-benda itu. Pengenalan mereka, ta’aruf sesama mereka, mereka tidak kenalkan diri mereka sebagai peniaga, petani dsbnya. Sebaliknya apabila kita sebut nama mereka, belakangnya ada ‘radiallahhuanhu’. Pengenalan diantara mereka samada muhajir atau ansar. Inilah keadaan sahabat-sahabat. Muhajir dan ansar, dua keadaan untuk bantu agama, untuk kerja agama.
Kita perlu fikir atas asas apakah Rasulullah s.a.w telah tinggalkan umat ini? Bagaimana Rasulullah s.a.w, pada hari pertama lagi, Baginda s.a.w telah bentangkan dakwah pada umat ini dan semasa Baginda s.a.w tinggalkan umat ini, masa tinggalkan dunia ini. Didapati daripada riwayat, Rasulullah s.a w tinggalkan 3 perkara kepada umat ini. 3 perkara yang Baginda s.a.w pesan sebagai pesanan terakhir. Apakah perkara terakhir yang Baginda s.a.w bagi pada umat ini sebagai wasiat? Wasiat adalah perkara yang wajib diamalkan kerana orang itu sudah hendak pergi, sebelum pergi dia tinggalkan pesanan. Atas 3 perkara inilah tarbiyah umat ini dan atas 3 perkara inilah umat ini telah dibangkitkan. Telah diserahkan 3 tanggungjawab ini pada umat ini. Semasa tinggalkan umat ini, Rasulullah s.a.w tidak beritahu perkara yang baru. Atas 3 asas inilah sebenarnya usaha nabi, tarbiyah nabi.
Kalimah-kalimah terakhir Nabi s.a.w semasa meninggalkan dunia ini. Baginda s.a.w pesan, pertama, “Assolah, assolahâ€, “Jagalah sembahyang, jagalah sembahyangâ€. Kedua, “Hak-hak hamba. Ketiga, “Hantarlah tentera Usamah r.aâ€. Semua orang faham apa kedudukan wasiat dalam agama. Wasiat ini wasiat siapa? Wasiat Nabi s.a.w, khatammul ambiya, nabi terakhir. 3 pesanan ini termasuk ibadah, muamalat, muasyarah dan usaha untuk menghidupkan ibadat, muamalat, muasyarah. Baginda s.a.w beritahu apa yang perlu dibuat dan beritahu bagaimana perkara-perkara ini boleh dihidupkan. Dalam pesanan Nabi s.a.w, “Assolah, assolah†telah termasuk semua hukum-hukum Allah s.w.t. Hak hamba adalah yang paling kecil, tetapi yang paling kecil pun dipesan, bermakna yang lebih besar daripada itu, hak ayah, hak isteri, hak anak, hak orang-orang Islam, semuanya dipesan oleh Nabi s.a.w.
Sembahyang adalah tiang agama yang membezakan antara iman dan kufur. Nabi s.a.w telah pesan tentang sembahyang dan semua hukum-hukum ibad. Seluruh agama telah dipesan. Bagaimana hendak hidupkan 2 perkara ini. “Jangan kamu terkesan dengan kewafatan akuâ€. Dakwah diterima daripada Nabi s.a.w tanpa ada apa-apa halangan. Nabi s.a.w telah tinggalkan 3 perkara ini iaitu hukum Allah s.w.t, hukum ibad dan bagaimana hendak usahakan untuk hidupkan semua agama ini. Nabi s.a.w pesan, teruskan hantar tentera Usamah r.a. Apa wasiat Nabi s.a.w? Walaupun datang musibah yang paling besar, apa musibah yang lebih besar daripada wafatnya Nabi s.a.w? Tidak ada! Walaupun dunia ini ditimpa musibah yang paling besar sekalipun , jangan tangguh kerja agama, itulah maksud Nabi s.a.w. Tidak ada musibah yang lebih besar menimpa dunia ini selain daripada kewafatan Nabi s.a.w, tetapi itupun Nabi s.a.w pesan, jangan tangguhkan tentera Usamah r.a. Usamah adalah cucu angkat Nabi s.a.w iaitu anak kepada Zaid r.a.
Oleh kerana itu, kita kena istighfar atas kelalaian kita dan buatlah keputusan bahawa kita akan jadikan kerja ini sebagai maksud hidup kita. Sebanyak mana dakwah hidup, sebanyak itulah agama akan hidup. Iman dan amal akan hidup berkadar dengan dakwah. Sebanyak mana dakwah keluar, sebanyak itulah agama akan keluar dan kelemahan dalam yakin pun akan datang. Masalah sebenarnya bukan untuk kita seorang sahaja. Seluruh usaha ini adalah untuk tukar suasana seluruh dunia. Kalau tidak, keadaan kerosakan akan mengalahkan agama yang ada pada infradi-infradi. “Aku adalah Rasul kepada kamu semua dalam satu masaâ€, untuk orang hitam, untuk orang putih, untuk peniaga, untuk pekilang, untuk orang yang majoriti, untuk orang yang ada kekuatan jasmani, untuk raja, untuk menteri, untuk mana-mana kampung, untuk mana-mana tempat. Nabi s.a.w tidak khususkan pada mana-mana benda ini. Nabi s.a.w datang untuk semua manusia. Sekarang ini, nabi untuk seluruh umat dan umat ini hanya untuk infradi mereka, tidak! Tanggungjawab kenabian adalah untuk ijtima’i, untuk seluruh umat. Demikian juga tanggungjawab umat ini untuk seluruh umat.
Nabi tidak datang untuk mana-mana kaum tertentu atau mana-mana kampung tertentu. Nabi s.a.w adalah untuk seluruh alam. Oleh itu, setiap peribadi umat ini juga bertanggungjawab untuk seluruh manusia di seluruh alam. Setiap orang daripada umat ini bertanggungjawab untuk seluruh manusia. Allah s.w.t beritahu pada Nabi s.a.w, “Nabi adalah untuk seluruh umat dan seluruh umat adalah untuk seluruh umatâ€. Amal untuk peribadi, tidak cukup untuk umat ini. Keselamatan umat ini adalah dalam fikir untuk seluruh umat yang lain. Kalaulah rumah jiran terbakar, dia keluar daripada rumahnya sendiri, kalau dia keluar untuk jaga rumah dia sahaja, maka rumah jiran dia tidak akan selamat dari kebakaran dan kebakaran akan kena rumah dia juga. Kita kena ajar agama untuk keluarga kita. Kejahilan adalah neraka. Keadaan yang tidak ikut agama adalah neraka. Dalam Quran ada diberitahu, “Jaga diri kamu dan keluarga kamu daripada nerakaâ€. Apa maksudnya? Ajar agama pada keluarga kamu. Belajar agama dan kamu kena ajar agama pada keluarga kamu. Belajar agama dan ajar agama. Ajar jiran kamu, ajar orang kampung kamu, ajar orang marhallah kamu, ajar orang daerah kamu, ajar orang negeri kamu dan ajar orang seluruh alam.
Dengan perantaraan dakwah, kita kena tukarkan keadaan, tukarkan suasana untuk jaga agama. Kita jaga agama kita dan kita jaga agama orang lain juga. Sekarang bukan masanya kita lari dari tempat yang rosak agama dan selamatkan diri. Siapa yang tinggalkan satu tempat untuk jaga agama dia seorang sahaja bererti dia telah engkar tanggungjawab dia untuk jaga agama umat ini. Peningkatan agama dalam diri sendiri ialah bila kita usaha untuk tingkatkan agama dalam diri orang lain. Agama dalam diri kita akan kekal dengan kita usaha atas agama dalam diri orang lain. Siapa yang tidak dakwah orang lain untuk bawa pada iman, untuk ajak pada amal, maka dia sendiri telah tutup jalan keselamatan untuk diri dia sendiri. Tafsir surah Al-Asr, siapa yang amal untuk diri dia sendiri, tidak bawa orang lain pada amal, dia sedang tutup jalan keselamatan untuk diri dia sendiri. Perkara yang disebut oleh Quran untuk selamatkan diri adalah bawa umat kepada amal, bawa umat kepada iman. Ini ditentukan oleh Quran, cara Quran. Apa yang ditulis dalam Quran bukan sekadar pengalaman tetapi satu benda yang pasti berlaku. Oleh itu, kita kena tambah pengorbana kita dan buat azam untuk sebarkan kerja agama ke seluruh alam.
Jangan tinggalkan majlis, kita sabar, kita sudah duduk lama, sabar sekejap sahaja lagi, insya’Allah, Allah s.w.t jadikan itu asbab untuk pilih kita untuk kerja agama sehingga akhir hayat kita. Jangan rosakkan majlis.
Seluruh umat ini telah dijadikan asbab untuk hidayat dengan syarat dia digunakan untuk hidayat, bukan untuk asbab dunia. Sebahagian orang usaha atas dunia, atas benda-benda, sehingga dapat kerehatan dunia. Sebahagian orang bina senjata untuk dapat keselamatan. Sebahagian orang usaha atas ubat untuk dapat kesihatan. Bukan itu kerja umat. Umat ini dihantar sebagai perantaraan untuk hidayat. Rasulullah s.a.w beritahu pada Ali r.a, “Kalaulah dengan asbab kamu satu orang dapat hidayat, maka lebih baik daripada unta-unta merahâ€.
Dengan dakwah infradi akan wujud kemampuan untuk terima hak. Abu Sufiyan terima Islam, dia satu orang yang keras. Abbas r.a kata pada Nabi s.a.w, “Serahkan Abu Sufiyan pada saya, saya akan tashkil dia, saya akan pujuk diaâ€. Sahabat-sahabat fikir, siapa hendak bagi makan, siapa hendak ajar sembahyang, mereka semua tunaikan takazah dakwah. Takazah untuk ajak pada agama, pada ibadat, pada Islam yang sempurna. Dia telah berusaha atas Abu Sufiyan sepanjang malam. Hasil usaha sepanjang malam, pada keesokan paginya, Abu Sufiyan nampak satu orang sedang berwudhuk dan dia tanya, “Adakah kamu taat begitu sekali pada Rasul kamu? Apa sahaja yang dikatakan kamu taat?†Abu Sufiyan kata, “Anak saudara kamu ada kerajaanâ€. Abbas r.a jawab, “ini bukan kerajaan, ini adalah nabuwahâ€. Sahabat-sahabat taat pada Rasulullah s.a.w. Sahabat usaha atas orang-orang, mereka dihantar sebagai asbab hidayat. Kalau kita digunakan hanya untuk dunia, maka kita dalam bahaya. Umat tidak akan dapat hidayat sebaliknya umat akan dapat kesesatan. Kita kena buat keputusan bahawa kerja dakwah akan dijadikan sebagai maksud hidup kita. Keluar daripada sini dengan azam ini, bawa seluruh umat kepada kerja dakwah. Buat kerja ini dengan diri kita sendiri. Bangun bagi nama. Sesiapa yang ada keinginan untuk tambah masa, bangun juga. Kita tunggu sampai tashkil habis. Walaupun kita tidak dapat keluar, kita doa supaya orang dimudahkan keluar dan doa supaya Allah s.w.t pilih kita juga dimasa yang lain. Tashkil adalah roh pada usaha ini, roh pada dakwah. Dakwah tanpa tashkil tidak ada roh.